Selamat Datang Ke Laman Blog SK Seri Samudera          Budayakan Amalan 8S          Segak&Anggun, Senyap, Senyum, Salam, Sopan, Selamat, Selesa dan Siap Siaga. click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

PEPERIKSAAN SEMAKIN HAMPIR.. 10 - 12.9.2015

>> Friday 17 April 2015

Aktiviti Panitia Muzik
               Minggu Panitia Muzik
telah diadakan selama seminggu
dari 13  hingga 17 April 2015. Dirasmikan oleh Tuan Guru Besar
SK Seri Samudera, Encik Tajor Amar bin Nazri, Guru Besar Cemerlang SKESES dengan paluan gong sebanyak 3 kali. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Bertemakan Kenali Alat Muzik adalah diharapkan semua murid dapat mengenali alat-alat muzik yang biasa dimainkan di sekolah  serta tahu teknik memainkannya. Antara program yang dijalankan sepanjang minggu termasuklah Pameran alat Muzik seperti perkusi, alat muzik tradisional, alat muzik barat dan pelbagai jenis keluarga rekoder.

             Selain daripada itu murid-murid juga berpeluang menjawab soalan kuiz, mengikuti pergerakan mengikut lirik lagu dan mempersembahkan action song di bawah pimpinan Puan Hajah Zalila. Apa yang menarik sempena Minggu Panitia Muzik juga telah diciptakan lagu baru iaitu lagu 8 S yang menjadi konsep yang menjadi pegangan setiap murid SKESES di bawah pimpinan Puan Noraisah binti Hassan (Penolong Kanan 1).Tahniah dan syabas kepada  semua AJK Panitia Muzik SKESES dan juga semua guru yang terlibat secara langsung mahu 
pun tidak semasa aktiviti Panitia Muzik
 dijalankan.




0 comments:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP